Kesempurnaan Pendidikan Menjamin Kebahagiaan Dunia dan Akhirat

Kesempurnaan Pendidikan Menjamin Kebahagiaan Dunia dan Akhirat

Friday 26 April 2013

HARI AKADEMIK BAHASA MELAYU

Hari Akademik Bahasa Melayu telah berlangsung di dewan Sekolah Rendah Lumapas pada 20 April yag lepas. Acara tersebut dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan kemudian ucapan dari guru besar Cikgu Hj Muhd. Nikman  bin Hj Muhd Isa.Guru besar juga menegaskan bahawa pentingnya Pelajaran Bahasa ditekankan kepada pelajar-pelajar seawal dari Prasekolah lagi kerana Bahasa Melayu adalah Bahasa Rasmi Negara Brunei Darussalam.

Aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut ialah seperti menjawab soalan Bahasa Melayu, persembahan nyanyian dari murid -murid prasekolah, acara mari bercerita dan akhir sekali penyampaian hadiah-hadiah pada murid-murid yang telah berjaya menjawab soalan yang diberikan.


















No comments:

Post a Comment