Kesempurnaan Pendidikan Menjamin Kebahagiaan Dunia dan Akhirat

Kesempurnaan Pendidikan Menjamin Kebahagiaan Dunia dan Akhirat

SEJARAH S.R L



 Terletak di Kampong Lumapas, Mukim Lumapas di Daerah Brunei dan Muara.  Dibina di atas tapak tanah kerajaan seluas lebih kurang 10 ekar. Jauhnya dari Bandar Seri Begawan melalui Jalan Junjongan-Limau Manis ialah 60 kilometer.  Sebelum tahun 60an jalan utama ke Kampong Lumapas  ialah melalui Kampung Sungai Kebun dan Lupak Luas yang merupakan jalan tanah kuning, kemudian jalan berbatu.  Untuk ke Bandar Seri Begawan perlulah menaiki motorbot di jeti Sungai Kebun dengan memakan masa lebih kurang 5-7 minit. Pada awal 60an jalan dinaikkan tarafnya dengan diturap dengan tar seperti yang ada pada masa ini.  Jalan diperbaiki lagi akhir tahun 90an.

Awalnya dinamakan Sekolah Melayu Lumapas yang dibina dalam tahun 1935.  Berbentuk bangunan sementara yang dibuat secara bergotong-royong dengan menggunakan bahan-bahan tempatan.

Dua puluh tahun kemudian (pada tahun 1958) sebuah bangunan kekal telah dibina oleh Kerajaan dan sekarang dikenali dengan Blok “A”.

Pada tahun 70an Sekolah Persediaan Inggeris Lumapas telah ditubuhkan.  Sesi persekolahan ada dua sesi iaitu sesi pagi untuk aliran Melayu dan sesi petang untuk aliran Inggeris (SPI).

Pada tahun 1975 bangunan kekal tambahan telah didirikan bagi menampung pertambahan keramaian murid-murid dan dinamakan Blok “B”.

Pada tahun 1985, sebuah lagi bangunan  tambahan dibina sebanyak 3 tingkat yang sekarang dikenali dengan Blok “C”.

Murid-murid yang datang bersekolah di sini datang dari kampong di persekitaran jalan Junjongan dan Lupak Luas.

Guru-guru Besar yang bertugas di sekolah ini dari tahun 1937 hingga 2012 adalah seramai 23 orang.

Pada tahun 2005, Sekolah Rendah Lumapas telah terlibat dengan perubahan Sekolah Skim Rintis Sistem Pendidikan Bersepadu tetapi hanya mengambil masa selama setahun.  Pada tahun 2006 sistem persekolahan telah kembali seperti sebelumnya.


         

No comments:

Post a Comment