Kesempurnaan Pendidikan Menjamin Kebahagiaan Dunia dan Akhirat

Kesempurnaan Pendidikan Menjamin Kebahagiaan Dunia dan Akhirat

Monday 28 January 2013

AKTIVITI PAGI MEMBACA SIFIR (PROGRAM FANTASTIC4)

Mulai 28hb Januari 2013, Aktiviti pagi "Fantastic4" akan diadakan kepada semua murid-murid dari Rendah Bawah hingga ke Rendah Atas. 

Aktiviti ini melibatkan semua guru subjek Matematik untuk melatih murid-murid seperti:
  • Mengira Nombor
  • Menghafal Sifir
  • Cekap dalam 4 Operasi (Campur, Tolak, Bahagi dan Darap)




Sunday 20 January 2013

MAJLIS PERPISAHAN MANTAN PENOLONG GURU BESAR CIKGU AZHAR BIN HAMZAH


Khamis, 17hb Januari 2013. satu majlis perpisahan khusus untuk mantan Penolong Guru Besar Sekolah Rendah Lumapas, Yang Mulia Cikgu Azhar Bin Hamzah telah diadakan di Terindak Pusat Kesenian, Kota Batu.

Acara  dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah oleh Cikgu Haji Shafiee Bin Awg Murni. Seterusnya ucapan daripada Guru Besar Sekolah Rendah Lumapas, Cikgu Haji Muhd Nikman Bin Haji Muhd Isa. Guru Besar seterusnya berkongsi cerita tentang pengalaman beliau bekerjasama bersama mantan Penolong Guru Besar. Banyak kenangan yang begitu menyentuh hati apabila Guru Besar mengongsikan penglibatan Cikgu Azhar Di Sekolah ini. Kami pihak warga sekolah tidak akan melupakan jasa beliau sepanjang beliau berkhidmat di sekolah ini.

Cikgu Azhar Bin Hamzah telah berkhidmat di sekolah ini pada bulan Mei 2008 hingga November 2012. Cikgu Azhar telah di naikkan pangkat menjadi Guru Besar Sekolah Rendah Kasat. Sekalung tahniah di ucapkan kepada Cikgu Azhar. Acara seterusnya di lanjutkan dengan penyampaian cenderahati dari Guru-Guru dan Kakitangan Sekolah Rendah Lumapas. Bagi menutup pada majlis itu, bacaan doa selamat dibacakan oleh cikgu Haji Shafiee bin Awg Murni. Seterusnya beredar untuk jamuan.




Cikgu Azhar besama dengan Guru Besar


































Friday 18 January 2013

PRE TEST MATHS FANTASTIC4

Pada hari Sabtu, 19hb Januari 2013, satu ujian "Pre Test Maths Fantastic 4" telah dijalankan kepada semua murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Ujian dimulakan pada jam 7.40 pagi hingga 8.00 pagi. Guru Subjek Matematik telah menyediakan kertas soalan masing-masing mengikut level yang diajar.

Gambar Murid Tahun 6A





Gambar Murid Tahun 6B





Gambar Murid Tahun 6C





Gambar Murid Tahun 5C






Gambar Murid Tahun 5A





Gambar Murid Tahun 5B






Gambar Murid Tahun 4A




Gambar Murid Tahun 4B





Gambar Murid Tahun 4C





 Gambar Murid Tahun 1A





Gambar Murid Tahun 1C





 Gambar Murid Tahun 1B




Gambar Murid Tahun 2B





Gambar Murid Tahun 2A








Gambar Murid Tahun 2C






Gambar Murid Tahun 3A






Gambar Murid Tahun 3B




Gambar Murid Tahun 3C