Kesempurnaan Pendidikan Menjamin Kebahagiaan Dunia dan Akhirat

Kesempurnaan Pendidikan Menjamin Kebahagiaan Dunia dan Akhirat

Tuesday 26 February 2013

Saturday 23 February 2013

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Kali Ke 29. Negaraku Brunei Darussalam

BACAAN SURAH YASSIN SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Pada Hari Khamis 21 Februari yang lepas telah diadakan Majlis membaca Surah Yassin dan bacaan doa selamat sempena Ulang Tahun Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke 29. Majlis tersebut diadakan di Dewan Sekolah Rendah Lumapas.







Wednesday 13 February 2013

Majlis Perlantikan Prefek, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas Tahun 2013


13hb Februari 2013. Majlis Lantikan Prefek, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas telah diadakan di dewan Sekolah Rendah Lumapas.

Acara tersebut bermula pada jam 7.45 pagi. Acara dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah yang diketuai oleh Ustaz Bukhari Bin Haji Aji. Seterusnya ucapan daripada Guru Besar Sekolah Rendah Lumapas, Cikgu Haji Muhd Nikman Bin Haji Muhd Isa.

Acaranya seterusnya penyerahan surat lantikan bagi Ketua Prefek Sekolah Rendah Lumapas kepada Mohd Arfan Hazwanshah Bin Mohd Shahron dan Penolong Ketua Prefek Sekolah Rendah Lumapas kepada Noor Mahanisah Biti Haji Morsidi.

Acara dilanjutkan dengan penyerahan surat lantikan semua Ketua kelas, Penolong Ketua kelas dan semua prefek.

Bacaan dan laungan Ikrar prefek yang di ketuai oleh Ketua Prefek bagi Tahun 2013 mengakhiri majlis pada pagi tersebut.

Bagi memberkati majlis tersebut, bacaan Doa selamat telah di sampaikan oleh Ustaz Bukhari Bin Haji Aji.









Ceramah Motivasi Bagi Prefek-Prefek baru, Ketua-Ketua Kelas dan Penolong Ketua-Ketua Kelas telah berlangsung di Dewan Sekolah Rendah Lumapas.

Acara tersebut diadakan pada jam 10.30 pagi. Penceramah undangan pada hari tersebut ialah Yang Mulia Haji Halip Bin Bujang, Bahagian Kaunseling dan Kerjaya, Kementerian Pendidikan.

Berbagai aktiviti telah dijalankan bagi meningkatkan motivasi murid-murid untuk menjadi pemimpin yang cemerlang sekaligus sebagai contoh kepada rakan-rakan mereka yang lain.



















Friday 8 February 2013

MATHS FANTASTIC 4 QUIZ

Date : 09 February 2013
Day : Saturday
Time : 7.15 - 8.00 am
Place : Assembly area
Focus to all students: Pra - Year 6