Kesempurnaan Pendidikan Menjamin Kebahagiaan Dunia dan Akhirat

Kesempurnaan Pendidikan Menjamin Kebahagiaan Dunia dan Akhirat

Sunday 3 February 2013

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL



Pada Hari Sabtu 2 Februari yang lepas telah diadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Sekolah Rendah Lumapas. Majlis dimulai dengan ucapan Guru Besar, Cikgu Hj Muhd. Nikman bin Hj Muhd Isa. Beliau menyatakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W adalah contoh teladan sepanjang zaman yang patut dicontohi oleh semua umat islam.


Acara tersebut diteruskan lagi dengan bacaan dizikir beramai-ramai yang telah diketuai oleh Cikgu Abd. Aziz bin Hj Naim.Setelah itu acara perarakan Maulidur Rasul dijalankan serentak bagi semua murid dan guru-guru.

Acara kemuncak pada hari tersebut ialah ceramah ugama yang disampaikan oleh Ustaz Hj Suhaimi ( Imam dari masjid Kampong Masin ) dan juga penyampaian hadiah bagi kuiz Maulidur Rasul.




















No comments:

Post a Comment