Kesempurnaan Pendidikan Menjamin Kebahagiaan Dunia dan Akhirat

Kesempurnaan Pendidikan Menjamin Kebahagiaan Dunia dan Akhirat

Sunday 20 January 2013

MAJLIS PERPISAHAN MANTAN PENOLONG GURU BESAR CIKGU AZHAR BIN HAMZAH


Khamis, 17hb Januari 2013. satu majlis perpisahan khusus untuk mantan Penolong Guru Besar Sekolah Rendah Lumapas, Yang Mulia Cikgu Azhar Bin Hamzah telah diadakan di Terindak Pusat Kesenian, Kota Batu.

Acara  dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah oleh Cikgu Haji Shafiee Bin Awg Murni. Seterusnya ucapan daripada Guru Besar Sekolah Rendah Lumapas, Cikgu Haji Muhd Nikman Bin Haji Muhd Isa. Guru Besar seterusnya berkongsi cerita tentang pengalaman beliau bekerjasama bersama mantan Penolong Guru Besar. Banyak kenangan yang begitu menyentuh hati apabila Guru Besar mengongsikan penglibatan Cikgu Azhar Di Sekolah ini. Kami pihak warga sekolah tidak akan melupakan jasa beliau sepanjang beliau berkhidmat di sekolah ini.

Cikgu Azhar Bin Hamzah telah berkhidmat di sekolah ini pada bulan Mei 2008 hingga November 2012. Cikgu Azhar telah di naikkan pangkat menjadi Guru Besar Sekolah Rendah Kasat. Sekalung tahniah di ucapkan kepada Cikgu Azhar. Acara seterusnya di lanjutkan dengan penyampaian cenderahati dari Guru-Guru dan Kakitangan Sekolah Rendah Lumapas. Bagi menutup pada majlis itu, bacaan doa selamat dibacakan oleh cikgu Haji Shafiee bin Awg Murni. Seterusnya beredar untuk jamuan.




Cikgu Azhar besama dengan Guru Besar


































No comments:

Post a Comment