Majlis tersebut telah diadakan pada 27 November yang lepas bertempat di Dewan Sekolah Rendah Lumapas.Tetamu kehormat pada pagi itu ialah Yang Mulia Tuan Haji Bakar bin Mansor , Penghulu Mukim Lumapas.
Orientasi Prasekolah bagi tahun 2014 telah dijalankan selama lima hari iaitu bermula pada 19 November 2014.Orientasi ini diadakan adalah untuk mendedahkan murid-murid tentang alam persekolahan. Banyak aktiviti yang telah disusun seperti menyanyi, bersenam, mewarna dan juga melawat bilik-bilik khas seperti Bilik Perpustakaan, Bilik Kerja guru dan juga tandas sekolah.
Pada 16 November yang lepas telah berlangsungnya Pertandingan Sepak Takraw Zon Brunei IV telah diadakan di Dewan Kompleks Sukan Sungai Kebun. Sebanyak 15 buah sekolah telah menyertai pertandingan tersebut. Sekolah Rendah Panglima Barudin Limau Manis telah menjuarai kejohanan tersebut.
Sekolah Rendah Panglima Barudin Limau Manis tampil sebagai juara dalam pertandingan tersebut.